Bengkel Automasi Pengurusan & Paparan Data
Pemerkasaan kemahiran dalam penggunaan Google Sheets dan Looker Studio ialah langkah penting bagi individu atau organisasi dalam pengurusan data, analisis dan laporan. Portfolio kami adalah panduan bengkel yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pengurusan data dan membantu menambahbaik sistem data sedia ada.
Bengkel ini sesuai dihadiri oleh kakitangan yang menguruskan data yang pelbagai dan pasukan syarikat yang mentransformasikan kerja harian yang manual secara digital dan cloud base.
Bengkel ini mengambil masa selama 2-5 hari, bergantung kepada keperluan tajuk dan perbincangan bersama.
Bengkel ini dijalankan secara asasnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang digunakan dalam sistem Google Sheets dan Looker Studio.
Kami menawarkan 5K (5 Komponen) utama dalam latihan ini yang disesuaikan dengan keperluan unik klien dan jabatan anda.
Kami menyediakan latihan berdasarkan modul yang direka khas untuk memastikan keperluan anda dipenuhi.
Kami memfokuskan kepada reviu dan sistem pengurusan data daripada pihak anda, di mana kami memberikan solusi dan nasihat langsung mengenai pengurusan data menggunakan Google Sheets dan Looker Studio.
Kami menyediakan sokongan kumpulan WhatsApp selama 3 hingga 6 bulan selepas sesi bengkel untuk membantu menyelesaikan sebarang isu berkaitan data yang dihadapi.
Kami menyediakan file praktis yang praktikal dan mudah untuk dirujuk berserta nota penjelasan.
Kami menyediakan 1 sesi sokongan selama 2 jam secara atas talian selepas sesi daripada 3 ke 6 bulan.
Dengan pendekatan yang praktikal dan terperinci, kami yakin dapat memberikan solusi yang berkesan dan mudah untuk diimplementasikan.
Langkah 1
Hubungi kami melalui email atau whatsapp
Langkah 2
Meeting untuk sesi pre-konsultasi dan kenalpasti masalah data dan cara penyelesaian yang sesuai
Langkah 3
Kami cadangkan bengkel yang dirangka khas untuk selesaikan masalah anda
Langkah 4
Pelaksanaan Projek
Langkah terakhir
Sesi sokongan dalam talian selepas kelas dalam tempoh 3-6 bulan