Seiring dengan Wazza kini yang berkembang dengan lebih sistematik dan teratur,aktiviti tahunan Wazza telah disusun mengikut keperluan pekerja dan syarikat. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dimasukkan ke dalam Takwim Tahunan Wazza:
- Gotong-Royong
- Retreat
- Grand Iftar
- Jamuan Raya
- Family Day
- Annual Grand DInner
Gotong-Royong
Tujuan gotong-royong adalah untuk memastikan setiap pekerja bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan pejabat Wazza. Gotong-royong diadakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada setiap awal tahun dan pertengahan tahun.
Penglibatan semua staff semasa gotong royong sangat penting dalam memupuk semangat kerja berpasukan disamping dapat mengeratkan lagi ukhwah.
Retreat
Wazza sentiasa berusaha untuk membina ahli pasukan yang produktif dan berdaya saing. Melalui retreat yang dibuat, objektif bagi penyelarasan tim dan membina minda kepemimpinan kepada semua ahli kumpulan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Pada tahun 2022, retreat Wazza yang pertama telah diadakan pada 29 hingga 31 Julai 2022. Retreat selama tiga hari dua malam ini bertempat di Le’Manah Retreat, Janda Baik dan disertai oleh semua tim sepenuh masa dan tim separuh masa.
Retreat akan menjadi aktiviti tahunan Wazza dan objektif adalah mengikut analisis syarikat secara keseluruhan.
Grand Iftar
Pada bulan Ramadan, Wazza akan mengadakan sekurang-kurangnya sekali majlis berbuka puasa secara beramai-ramai. Makanan akan disediakan kepada semua secara percuma. Di samping itu, solat terawih secara berjemaah turut diadakan di surau Wazza.
Jamuan Raya
Wazza juga tidak ketinggalan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama semua tim. Wazza turut menjemput klien berdekatan ke majlis sambutan hari raya Wazza. Pelbagai juadah disediakan kepada semua yang hadir.
Annual Grand Dinner
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua tim yang telah berkhidmat dalam Wazza. Buat julung kalinya, Annual Grand Dinner Wazza yang pertama telah dibuat pada 4 Februari 2022.
Majlis seperti ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai aktiviti tahunan Wazza bagi meraikan semua pekerja Wazza.