Alhamdulillah selesai Bengkel Google Sheets Latihan Industri di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berlansung pada 27 Januari 2024 dari pukul 8 pagi – 1.50 petang.

Bengkel Google Sheets ini disampaikan dalam mode hybrid, di mana trainer dari pihak Wazza berkongsi secara online menggunakan platform Webex dengan peserta UPSI di dalam dewan.

Pada pukul 8.30 pagi, Coach Adli memberi pengenalan secara ringkas berkenaan modul program yang akan diajar.

Coach Adli yang mengendalikan program ini dengan mengajar asas dan teknik menggunakan Google Sheets kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri. Bengkel ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pelajar khususnya dalam penggunaan aplikasi-aplikasi yang sangat kerap digunakan di dalam pekerjaan. Selain itu, bengkel ini juga sebagai persediaan buat pelajar tahun akhir sebelum menjalani Latihan Industri pada semester berikutnya.

Beberapa point penting dibincangkan seperti kemahiran sebagai persediaan sebelum bekerja dan kelas intensif yang merangkumi hampir semua tajuk dalam masa sekitar 4 jam sahaja.

Pada pukul 1.00 petang, sesi soal jawab dijalankan. Terdapat beberapa pelajar yang mengajukan soalan-soalan yang menarik tentang penggunaan Google Sheets dan perkara yang berkaitan dengannya.

Di samping itu, pre-test berkaitan Google Sheets diberikan untuk mengukur pengetahuan mereka. Kuiz online juga dikendalikan untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam bengkel. Seorang pelajar perempuan, Nur Ainun Najihah Binti Rosli berjaya memenangi kuiz.

Sebelum bersurai, sesi bergambar secara atas talian peserta bersama panel Wazza Digital dan bergambar sesama peserta secara fizikal.

Pelajar yang menyertai bengkel Google Sheets, dapat memperoleh banyak ilmu baharu dan memberi komen positif terhadap bengkel yang dilakukan