Alhamdulillah selesai Bengkel Pemerkasaan Pengurusan Dan Paparan (PPP) Data: Google Sheet & Looker Studio bersama JKPTGWPKL di Trinidad Hotel yang berlansung pada 24-26 Mei 2024 selama 3 hari (Jumaat-Ahad).
Sesi pertama bermula pada pukul 3.00 petang dengan sesi pengenalan Google Looker Studio dan perbincangan secara hands-on sehingga pukul 5.30 petang
Pada pukul 8.30 malam, sesi kedua dijalankan dengan sesi pengenalan Google Sheets dan tajuk-tajuk awal dalam Google Sheets yang dikendalikan oleh kedua-dua coach Waasil dan Adli. Peserta juga diminta untuk mengisi pre-test tentang Google Looker Studio dan Google Sheets untuk mengukur pengetahuan peserta terhadap perkara tersebut.
Pada hari kedua, sesi pertama dimulakan pada pukul 9.00 dengan cara buat dashboard di Google Looker Studio seperti cara import data dari Google Sheets.
Sesi kedua bermula pada pukul 2.30 petang dengan tajuk Data Cleaning dalam Google Sheets untuk memastikan data yang digunakan pada Google Looker Studio adalah data yang kemas dan tidak rosak. Sesi perbincangan dalam kumpulan juga dijalankan untuk membantu peserta membangunkan Google Looker Studio dengan cara yang betul
Sesi terakhir pada hari kedua dijalankan pada pukul 9.00 malam dengan menyambung perbincangan tentang Google Looker Studio dan sesi perbincangan dalam kumpulan. Terdapat beberapa soalan yang menarik diajukan oleh peserta JKPTG tentang Google Looker Studio.
Pada hari ketiga, sesi terakhir berlansung dari pukul 9.00 pagi – 11.30 pagi dengan tajuk Data Security dan Feature Collaboration di dalam Google Sheets. Sebelum bersurai, sesi penganugerahan hadiah kepada pihak Wazza Digital dan sijil penyertaan kepada peserta JKPTGWPKL.
Banyak komen positif yang diberikan oleh peserta JKPTG terhadap Bengkel Pemerkasaan Pengurusan dan Paparan Data. Kami dari pihak Wazza Digital, berharap akan dapat menyediakan program sebegini jika diberi peluang untuk menyebarkan ilmu pada masa akan datang.