“KITA BUAT DASHBOARD SUPAYA ORANG YANG TIDAK MAHIR DATA BOLEH FAHAM”

Alhamdulillah, 27 April 2024, telah diadakan program Activate Training Google Sheet: Manage, Analyse & Visualise Data bersama dengan Coach Waasil Zamri, Pengarah Urusan Wazza Digital & Coach Adli Fauzi, Data Developer Wazza Digital.

Sebenarnya, program semalam merupakan program lanjutan daripada program Activate Training Google Sheets : Urus Data & Dokumentasi yang telah diadakan pada bulan Mac tempoh hari.

Pada permulaan slot, Coach Waasil recap semula secara ringkas berkenaan modul program lepas untuk peringkat beginner memandangkan modul kali ini lebih advance.

Coach Waasil juga ajarkan cara urus data menggunakan beberapa formula seperti importrange, data cleaning function, data validation dan banyak lagi.

Slot seterusnya, Coach Waasil berkongsi berkenaan topik analisis data menggunakan conditional formatting, sumif, countif, dan lain-lain.

Slot ketiga dibawa oleh Coach Adli dengan formula-formula analisis data yang lebih kompleks seperti query, subtotal, xlookup, unique dan beberapa formula lain.

Dalam slot akhir pula, Coach Adli ajar dan tunjukkan cara bagaimana untuk visualise data. Ya, ini slot paling ramai suka.

Rupanya sangat mudah untuk baca dan faham data bila kita dah jadikan “data mentah” kepada carta.

Selepas ni, semua orang boleh bina sendiri dashboard bagi memudahkan data untuk difahami.

Sekali lagi terima kasih kepada peserta yang telah hadir belajar. Semoga program ini membantu tuan/cik puan dalam mengurus, menganalisis, dan membuat paparan data menjadi lebih efisyen dengan menggunakan Google Sheets.

Teruskan bersama kami untuk siri Activate Training yang seterusnya dengan tajuk-tajuk berkenaan kemahiran yang lebih “hebat”.