FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

u
Pendaftaran
Pemberhentian
Custom Package
Payment
Siapa yang boleh mendaftar untuk menggunakan servis pemasaran Wazza?

Syarikat korporat, SME, NGO, pihak Madrasah dan badan-badan yang ingin membuat pengiklanan secara digital untuk meningkatkan prestasi jualan atau mengumpul dana melalui platform media sosial dan atas talian.

Bagaimana jika ingin mendaftar untuk servis Wazza?

Anda perlu mengisi maklumat di bahagian HUBUNGI KAMI atau Whatsapp di nombor yang tertera atau email ke admin@wazza.my. 

Pihak Sales syarikat akan menghubungi anda untuk perbincangan lanjut. Kebiasaannya, pihak Wazza akan menyusun mesyuarat atas talian bagi membincangkan secara terperinci objektif projek dari pihak tuan sebelum pihak kami mengeluarkan sebarang invois.

 

*Hubungi kami > Pihak Wazza akan hubungi/respon > Mesyuarat atas talian dan persefahaman > invois dikeluarkan > buat pembayaran pendaftaran > projek akan bermula.

Kenapa perlu menggunakan servis pemasaran Wazza?

Jika anda mempunyai pelan dan bersedia untuk mengembangkan bisnes atau projek anda ke skala yang lebih besar, maka pemasaran digital adalah platform iklan terkini yang dijamin dan terbukti boleh meningkatkan keuntungan anda berganda-ganda.

Apa kelebihan menggunakan servis pemasaran Wazza?

Kami akan membantu melonjakkan pemasaran syarikat anda melalui skil data analisis, teknik dan strategi pengiklanan terkini, serta mengurangkan kos sebaik mungkin dengan mengoptimumkan pelbagai platform marketing yang ada.

Boleh ke jika ingin menamatkan menggunakan servis Wazza?

Ya, boleh. Cuma pihak kami menetapkan syarat penamatan projek mestilah dimaklumkan sekurang kurangnya tempoh 1 bulan lebih awal. Hal ini bagi memastikan projek dapat ditutup dengan baik dan semua pengurusan berkaitan iklan dapat diselesaikan dengan tersusun dan berkesan.

Apa yang berlaku jika kami menamatkan perkhidmatan Wazza dengan notis 24 jam?

Jika notis penamatan tidak mencukupi tempoh 1 bulan, penalti sebanyak RM2000 akan dikenakan bagi membayar kos ganti rugi pengiklanan, pengurusan dan tenaga kerja yang telah dibazirkan.

Bagaimana jika ingin memaklumkan penamatan servis?

Pemakluman boleh disampaikan secara bertulis melalui WhatsApp ataupun email.

Apa pakej perkhidmatan yang Wazza tawarkan?

Kami menawarkan pakej pemasaran secara menyeluruh iaitu platform FB, Instagram, Google Search, Youtube, Tiktok, Email dan juga SMS.

Boleh ke kalau kami ingin custom package?

Setiap syarikat mempunyai objektif pengiklanan yang berbeza. Jadi kami percaya kepada perbincangan dan komunikasi yang jelas dari kedua pihak bagi menentukan objektif dan sasaran kempen. Pihak Wazza boleh menyusun Marketing Plan and Strategy mengikut kesesuaian anda.

Bagaimana jika ingin membuat pembayaran kepada Wazza?
Pembayaran kepada pihak Wazza Digital boleh dibuat melalui online bank transfer dan CDM. Kami tidak menerima pembayaran tunai.
Adakah Wazza akan menyediakan laporan pengiklanan?
Ya, kami akan menyediakan laporan pengiklanan secara lengkap beserta resit pembayaran kepada pihak ketiga seperti Fb Ads, Google Ads dan Invois upah pemasaran. Kesemua ini akan disusun di dalam Google Drive bagi memudahkan rujukan anda. Di samping itu, mesyuarat akan diadakan bagi membentangkan laporan bulanan.
Bila pembayaran perlu dibuat?
Pembayaran perlu dibuat selewat lewatnya 30 hari selepas invois diterima.
Apa berlaku jika pembayaran gagal dibuat selepas 30 hari tarikh invois?
Pihak kami akan menghentikan pengiklanan secara serta merta. Selepas 40 hari kegagalan pembayaran, pihak Wazza akan meneruskan tindakan undang-undang jika pihak tuan enggan membayar.