Pengalaman Penggambaran Team Kreatif di Terengganu, Malaysia

Baru-baru ini, kami berpeluang untuk bekerjasama dengan sebuah Maahad Tahfiz yang bertapak di Shah Alam. Mereka di dalam perancangan untuk berpindah cawangan ke Terengganu. Berkat dari kemuliaan seseorang hamba Allah, mereka mendapat tanah wakaf dan ingin membina Kompleks Pengajian Al-Quran Percuma buat para huffaz. Maahad Tahfz mereka terdiri daripada pelajar dari golongan asnaf dan anak yatim. Dana dari pihak maahad sangatlah terhad untuk menjayakan projek tersebut. Justeru itu, mereka berhasrat untuk menggunakan kepakaran pihak Wazza untuk menjayakan video berbentuk sumbangan tentang maahad Tahfiz terbaru mereka. Kami teruja untuk menyahut cabaran dan mencipta bahan media yang bakal menarik perhatian khalayak sasaran mereka.

Penerangan tentang Penggambaran

Penggambaran berlangsung di tapak pembinaan cawangan terbaru mereka iaitu di Terengganu. Kami menggunakan gabungan kamera, peralatan pencahayaan dan peralatan bunyi untuk menangkap rakaman yang kami perlukan. Penggambaran berjalan lancar dan klien memberikan kerjasama untuk mengikut kreatif plan yang telah dirancang.

Momen Penggambaran

Salah satu momen penggambaran yang paling diingati ialah merakam rakaman menggunakan camera 360! Pihak klien sangat membantu dalam menjayakan shooting tersebut dan tidak kekok di hadapan kamera. Kami juga dapat menangkap beberapa scene yang menakjubkan tentang maahad tersebut.

Proses Penyuntingan

Setelah kami mempunyai semua rakaman yang kami perlukan, kami memulakan proses penyuntingan. Kami menggunakan Adobe Premiere Pro dan Filmora untuk proses editing dan satu teknik yang kami gunakan ialah menambah tindanan teks untuk menyerlahkan ciri utama projek ini. Ini membantu untuk menekankan faedahnya dan menjadikannya menonjol kepada penonton.

Kesimpulan dari Penggambaran di Terengganu

Kami teruja dengan bagaimana video itu muncul di iklan digital dan kami berharap ia akan membantu Maahad Tahfiz tersebut mencapai matlamat pemasaran mereka. Jika anda berminat untuk mencipta video promosi untuk perniagaan anda sendiri, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami amat berbesar hati untuk membantu anda membuat media yang mempamerkan jenama anda dan berhubung dengan audience anda!